PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Welcome
PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Welcome
PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Tingkat 3, Plaza Gambut, Jalan Gambut, 25000 Kuantan
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Ertikata -Sila Rujuk Disini-
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyWed Jul 15, 2009 11:53 am by

» Syarat Dan Kelayakan
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 5:51 pm by

» Terma - Terma Pendahuluan
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 5:40 pm by

» Jaminan/Penjamin
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 5:35 pm by

» Tatacara Permohonan
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 5:27 pm by

» Tempoh Bayaran Balik
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 4:29 pm by

» Program-Program Pembudayaan
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 2:17 pm by

» Kumpulan Sasaran
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 2:15 pm by

» Program-Program Pembangunan Penyewa
Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyTue Jul 14, 2009 2:14 pm by

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum


 

Ertikata -Sila Rujuk Disini-

View previous topic View next topic Go down 
Author Message
Admin
Admin
Admin

Posts : 32
Join date : 17/04/2009
Age : 41
Location : localhost

Ertikata -Sila Rujuk Disini- Vide
PostSubject: Ertikata -Sila Rujuk Disini-   Ertikata -Sila Rujuk Disini- EmptyWed Jul 15, 2009 11:53 am

Ertikata-ertikata yang digunakan dalam Pekeliling ini adalah yang membawa maksud seperti berikut :-
  1. Pendahuluan adalah Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA yang diluluskan kepada Pelajar.

  2. Pelajar adalah terdiri daripada pelajar Bumiputera yang diterima untuk mendaftar diri memasuki Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTT).

  3. Pegawai MARA adalah terdiri daripada Pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Pegawai Latihan Negeri (STO) atau Pegawai MARA Daerah (PMD).

  4. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Kerajaan termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan di bawah kategori IPTA.

  5. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah institusi pendidikan yang ditubuhkan di bawah Akta IPTS 1996 dan bukan institusi pendidikan Kerajaan atau bantuan Kerajaan dan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan yang berdaftar dengan MARA.

  6. Institut Pendidikan MARA (IPMa) adalah Institusi Pengajian MARA yang ditubuhkan oleh MARA yang terdiri daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA, German Malaysian Institute (GMI) dan lain-lain institusi pengajian di bawah MARA.

  7. Program Persediaan / Pra-Universiti adalah program persediaan bagi pelajar-pelajar cemerlang di peringkat SPM yang mengikuti pengajian persediaan / pra-universiti di dalam negara sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam dan luar negara di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC).

  8. Program Diploma dan Higher National Diploma (HND)" adalah :
    1. Pengajian peringkat diploma dan setaraf yang mengambil masa 2 hingga 3 tahun yang diiktiraf oleh Kerajaan
      atau
    2. Program yang dikendalikan oleh IPTS secara sepenuh masa dengan kerjasama IPTA
      atau
    3. Program dalaman IPTS yang telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

  9. Program Ijazah Pertama adalah :
    1. Pengajian Peringkat Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan yang dijalankan secara sepenuh masa di IPTA
      atau
    2. Program yang dikendalikan oleh IPTS dengan kerjasama IPTA
      atau
    3. Program berkembar
      atau
    4. Program dalaman IPTS yang telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

  10. Program Khas MARA adalah program kerjasama MARA dan IPTA / IPTS seperti Trek Pantas UiTM, Ekspres UTM dan lain-lain program yang dipersetujui oleh MARA dari semasa ke semasa.

  11. Bumiputera adalah seorang warganegara dan :
    1. berbangsa Melayu, lazim bercakap Bahasa Melayu dan beragama Islam
      atau
    2. kaum asli Sabah / Sarawak
      atau
    3. salah seorang ibu / bapa bangsa Melayu, lazim bercakap Bahasa Melayu dan beragama Islam
      atau
    4. Salah seorang ibu / bapa kaum asli Sabah / Sarawak

  12. Pendapatan Kasar adalah merupakan pendapatan tetap yang diterima oleh ibu bapa / penjaga setiap bulan seperti berikut :
    1. Kakitangan Kerajaan / Badan berkanun – gaji pokok termasuk elaun tetap
    2. Kakitangan Swasta – pendapatan tetap bulanan
    3. Bekerja Sendiri – pendapatan bulanan yang disahkan oleh Ketua Kampung, Penghulu atau Wakil Rakyat

  13. BKK adalah singkatan bagi Bahagian Kawalan Kredit

  14. BPP adalah singkatan bagi Bahagian Penganjuran Pelajaran

  15. BKW adalah singkatan bagi Bahagian Kewangan

  16. MIS adalah singkatan bagi Bahagian Pengurusan Maklumat
Back to top Go down
https://pmnpahang.forumms.net

Ertikata -Sila Rujuk Disini-

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum: You cannot reply to topics in this forum
PEJABAT MARA NEGERI PAHANG :: UNIT LATIHAN DAN KERJAYA :: SKIM PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN -
Free forum | Economy, Law, Finance | Company | ©phpBB | Free forum support | Report an abuse | Latest discussions