PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Welcome


Tingkat 3, Plaza Gambut, Jalan Gambut, 25000 Kuantan
 
HomePortalFAQSearchMemberlistRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Ertikata -Sila Rujuk Disini-
Wed Jul 15, 2009 11:53 am by

» Syarat Dan Kelayakan
Tue Jul 14, 2009 5:51 pm by

» Terma - Terma Pendahuluan
Tue Jul 14, 2009 5:40 pm by

» Jaminan/Penjamin
Tue Jul 14, 2009 5:35 pm by

» Tatacara Permohonan
Tue Jul 14, 2009 5:27 pm by

» Tempoh Bayaran Balik
Tue Jul 14, 2009 4:29 pm by

» Program-Program Pembudayaan
Tue Jul 14, 2009 2:17 pm by

» Kumpulan Sasaran
Tue Jul 14, 2009 2:15 pm by

» Program-Program Pembangunan Penyewa
Tue Jul 14, 2009 2:14 pm by

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum


 

Tatacara Permohonan

View previous topic View next topic Go down 
Author Message
Admin
Admin
avatar

Posts : 32
Join date : 17/04/2009
Age : 34
Location : localhost

PostSubject: Tatacara Permohonan   Tue Jul 14, 2009 5:27 pm

  1. Pelajar hendaklah mengisi borang permohonan Pendahuluan dalam empat (4) salinan. Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat MARA Negeri / Pejabat MARA Daerah. Permohonan boleh dibuat sebaik sahaja Pelajar menerima tawaran kemasukan ke IPTT tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama-sama :
    1. Salinan kad pengenalan pelajar dan ibubapa
    2. Salinan sijil kelahiran pelajar dan ibubapa
    3. Salinan penyata gaji atau salinan Borang BE terkini bagi ibubapa / penjaga yang bekerja.
    4. Salinan Borang BE terkini bagi Ibubapa / Penjaga yang bekerja sendiri. Sekiranya ibubapa / penjaga bekerja sendiri dengan pendapatan kasar tidak dikenakan cukai, salinan surat pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Ketua Mukim dan Penghulu yang mempunyai cop jawatan rasmi, Wakil Rakyat atau Jaksa Pendamai perlu dikemukakan.
    5. Salinan kad pengenalan dan salinan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan penjamin dari Ketua Kampung, Penghulu atau Wakil Rakyat bagi yang bekerja sendiri.
    6. Surat tawaran asal dan salinan kemasukan ke IPTT.

  3. Borang permohonan, salinan dokumen dan kad pengenalan hendaklah disahkan sama ada oleh Ketua Kampung, Penghulu, Penggawa, Pegawai Daerah, Wakil Rakyat, Guru Besar, Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun atau Pegawai MARA dari kumpulan Pengurusan dan
    Profesional, Pegawai Latihan Negeri (STO), Pegawai MARA Daerah (PMD) atau Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD).

  4. Surat Tawaran dan dokumen berkaitan akan diberi kepada Pelajar selepas mendapat kelulusan. Set tawaran adalah mengandungi dokumen berikut :
    1. Dua (2) salinan Surat Tawaran Pendahuluan.
    2. Empat (4) salinan Surat Perjanjian Pendahuluan.

  5. Penyempurnaan Surat Perjanjian :
    1. Pelajar dan penjamin hendaklah menyempurnakan empat (4) salinan Surat Perjanjian Pendahuluan. Sekurang-kurangnya dua (2) salinan Perjanjian hendaklah dimatikan setem hasil RM10.00 setiap salinan oleh Pelajar.
    2. Perjanjian dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikembalikan kepada Pejabat MARA Negeri bagi mengesahkan kesempurnaan dokumen-dokumen dan seterusnya membuat sekiranya lengkap pembayaran akan dibuat kepada Pelajar.
    3. Perjanjian disempurnakan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah MARA Negeri bagi pihak MARA dengan disaksikan oleh Pegawai Latihan Negeri (STO) atau Pegawai MARA Daerah (PMD) atau Penolong Pegawai MARA Daerah (PPMD).
    4. Dua (2) salinan Perjanjian yang dimatikan setem, adalah untuk simpanan BKK seperti berikut:
      1. Salinan asal – kabinet / peti besi berkunci
      2. Salinan pendua – fail Pelajar

    5. Dua (2) salinan Perjanjian yang tidak dimatikan setem, perlu disahkan benar sebagai ”salinan” oleh Pegawai MARA kumpulan A Pengurusan & Profesional, dan diserahkan kepada Pelajar dan penjamin untuk simpanan.
    6. Pengesahan saksi untuk Perjanjian bagi Pelajar dan penjamin disempurnakan oleh:
      1. Wakil Rakyat / Jaksa Pendamai
      2. Penghulu, Ketua Mukim dan Ketua Kampung yang mempunyai cop jawatan rasmi.
      3. Semua pegawai-pegawai Kerajaan dan Badan Berkanun dalam kumpulan A dan B.
      4. Pegawai MARA dari kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Pegawai Latihan Negeri (STO), Pegawai MARA Daerah (PMD) atau Penolong Pegawai MARA
        Daerah (PPMD).

  6. Pembayaran Pendahuluan kepada Pelajar hendaklah dibuat mengikut tatacara yang digariskan di dalam Surat Pekeliling Peraturan Akaun MARA di atas tajuk Pendahuluan Pinjaman Pelajaran yang terkini atau yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
Back to top Go down
http://pmnpahang.forumotion.com

Tatacara Permohonan

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum: You cannot reply to topics in this forum
PEJABAT MARA NEGERI PAHANG :: UNIT LATIHAN DAN KERJAYA :: SKIM PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN -
Create a forum on Forumotion | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Sosblogs